Related Posts with Thumbnails

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Renung-Renung Alam Siber

>> 27 Oktober, 2009

SURAH AS-SAJDAH

Merupakan surah yang ke 32 dalam al-Quran yang terdiri dariapada 30 ayat. Surah ini termasuk surah Makkiyah. Rasulullah s.a.w menerangkan keutamaan pembaca surah as-Sajdah antara lain;

1. Mendapatkan keimanan yang kuat dan ilmul yaqin.

2. Mendapat pahala seperti pahala orang yang beribadah pada malam Lailatul qadar

3. Jika dilanjutkan dengan membaca sural al-Mulk(Tabarak), Allah swt mencatatkan tujuh puluh kebaikan, mencabutkan tujuh puluh keburukan dan mengangkat tujuh puluh darjat.

Rasulullah s.a.w menganjurkan membiasakan diri membaca

1. Surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua solat subuh di hari Jumaat
2. Surah as-Sajdah dan surah al-Mulk menjelang tidur.

SURAH AL_MULK

Surah al-Mulk disebut juga surah Tabarak adalah surah ke 67 dalam al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat. Surah ini termasuklah surah Makkiyah. Rasuluillah s.a.w sangat mencintai al-Mulk. Oleh kerana itu beliau mengharapkan agar surah al-Mulk berada di dalam kalbu setiap mukmin. Rasulullah s.a.w menerangkan fadhilat bagi pembaca surah al-Mulk antara lain;

1. Diberikan keselamatan azab kubur.
2. Diberikan syafaat sampai diampunkan dosa-dosanya.
3. Dikeluarkan dari neraka dn dimasukkna ke dalam syurga.


SEMOGA ANAK-ANAK KU MENGAMALKAN SURAH-SURAH INI UNTUK KESEJAHTERAAN DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.........

SALAM SAYANG PENUH KERINDUAN

"abahanda"
En. Abdul Razak Zakaria

Read more...

Kenapa Orang Yahudi Bijak ??

Dibawah adalah 1 artikel menarik yg boleh dikongsi bersama2.
Ia adalah terjemahan oleh Dr Stephen Carr Leon.
Disebalik Musibah


Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.


Tesis itu bertajuk ?Why the jews so smart? suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma?ruf Bin Hj Abdul Kadir

Universiti Massachuset

USA.


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu ?Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ?ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang ?orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg ***** (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi *****, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana


Rumusan dan kesimpulan yang saya dapat dari artikel ini, kita mampu menghasilkan generasi cerdik pandai.
Ikut seperti yang disarankan Rasulullah. Sesungguhnya ada kebaikan di setiap yang disuruh oleh baginda.

sumber : http://asriubaid.blogspot.com

Read more...

Majlis Penganugerahan Manik Kayu KLKM 2009

Read more...

FADHILAT SOLAT TAHAJUD

>> 22 Oktober, 2009

Sabda Rasulullah SAW, daripada Umar bin al-Khattab yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat malam, dan dia membangunkan solat, maka Allah memuliakan dia dengan sembilan perkara: Lima perkara di dunia dan yang empat lagi di akhirat.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menyahut tawaran Allah untuk bangun menunaikan qiamullail iaitu ganjarannya terlalu besar nilainya, lebih besar dan bernilai dari dunia ini dan segala isinya. Janganlah sampai ayam yang tidak berakal itu lebih pintar dan lebih baik daripada kita. Seperti nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau tidur di kala ayam jantan berkokok pada waktu fajar.”

INFO
9 kemuliaan solat Tahajud

1- Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana.

2- Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.

3- Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia.

4- Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.

5- Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.

6- Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.

7- Diringankan hisabnya.

8- Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.

9- Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat.
(Raudhatul Ulama).

PETUA’ BAGI MEMBOLEHKAN KITA MELAKUKANNYA IAITU;

* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud
* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga
* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud

Read more...

MAJLIS PENTAULIAHAN MANIKAYU KLKM DAERAH UM

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua Ahli Pengakap KLKM UM yang dihormati sekalian

MAJLIS PENTAULIAHAN MANIKAYU
akan Diadakan
pada 1 November 2009
Tempat : Auditorium A,
Fakulti Pendidikan, Universiti MalayA

Kehadiran adalah di WAJIB kan kepada sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri dimajlis pentauliahan tersebut sila beri kan sebab musabab kepada

unit Ketua protokol (Mohd Alfarazi bin Md Salleh)
EMAIL firoh_baniah@yahoo.com
Tell hp: 0177484584

Read more...

SAKIT DADA ?? SILA AMBIL PERHATIAN

>> 14 Oktober, 2009

Pernahkah anda sakit dada? Adakah ia teramat sakit sehingga anda tidak mampu untuk bernafas atau bergerak? Bagaimanakah perasaan anda sewaktu mengalami sakit dada?

Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan kesakitan dada anda? Adakah anda panik pada ketika itu? Adakah anda terfikir bahawa apa yang anda alami ketika ini ialah serangan jantung atau penyakit jantung koronari? Sebahagian daripada kita lebih mengenalinya sebagai heart attack.

Pernahkah seseorang mengadu sakit dada kepada anda? Apakah tindakan segera anda?

Simptom sakit dada adalah di antara sebab utama pesakit datang ke hospital (Jabatan Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan.

Di Jabatan Kecemasan, pesakit yang mengadu sakit dada kemungkinan dikategorikan sebagai pesakit zon merah atau zon kuning bergantung kepada tahap teruknya kesakitan yang dialami.

Pesakit zon merah dianggap pesakit kritikal sementara pesakit zon kuning dianggap separuh kritikal.

Ini menunjukkan sakit dada adalah simptom atau penyakit yang serius dan mempunyai potensi menjadi bertambah teruk atau menyebabkan kematian. Doktor akan memeriksa dan merawat pesakit kategori ini dengan segera.

Kategori

Secara mudah, punca sakit dada dibahagikan kepada 2 kategori:

1) kardio-pulmonari (jantung dan paru-paru)

2) bukan kardio-pulmonari (berpunca daripada otot dada, salur penghadaman dan lain-lain).

Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius. Kegagalan untuk mengenal pasti perkara tersebut boleh mengakibatkan organ jantung gagal berfungsi atau berlakunya kematian mengejut.

Oleh itu, telah menjadi kewajipan bagi seorang doktor untuk memastikan bahawa sakit dada anda bukannya berpunca daripada masalah jantung atau secara khususnya bukan berpunca dari penyakit jantung koronari.

Bila seseorang mengalami sakit dada atau mati mengejut, kebarangkalian besar ia berpunca daripada penyakit kardiovaskular atau jantung.

Ia diterjemahkan sedemikian berdasarkan statistik punca utama kematian dan kemasukan hospital di Malaysia dan di dunia.

Kebarangkalian mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi sekiranya pesakit sudah disahkan oleh doktor mempunyai masalah jantung atau mempunyai faktor-faktor risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Punca sakit dada disebabkan oleh penyakit kardio-pulmonari yang serius melibatkan:

1. Penyakit jantung koronari atau serangan jantung (heart attack)

2. Salur darah utama terkoyak (aortic dissection)

3. Keradangan jantung (pericarditis/ myocarditis)

4. Pendarahan dalam jantung dan paru-paru (cardiac tamponade/hemothora x)

5. Kegagalan fungsi paru-paru (pneumothorax atau pulmonary embolism)

Koronari

Penyakit jantung koronari secara amnya disebabkan oleh pengurangan atau tiada aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.

Tanpa oksigen yang cukup, otot jantung akan cedera atau mati. Jantung yang cedera atau mati mengakibatkan kematian melalui tiga cara:

1) Kematian mengejut disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal

2) Kegagalan otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan

3) Kegagalan mekanikal disebabkan injap rosak atau dinding jantung terkoyak.

Kajian kes kematian akibat penyakit jantung koronari di Amerika Syarikat (AS) pada 1994 menunjukkan 52 peratus pesakit meninggal dunia di tempat kejadian, lapan peratus meninggal dunia dalam jangka masa 24 jam, 19 peratus meninggal dunia dalam jangka masa 48 jam dan 21 peratus lagi meninggal dunia dalam jangka masa 30 hari.

Apa yang dapat disimpulkan kadar kematian penyakit jantung koronari adalah tinggi dan kebanyakan daripada mangsa meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

Andai di AS yang terkenal dengan tahap pendidikan dan kemudahan kesihatan yang tinggi dan canggih, apakah kebarangkalian kematian pesakit jantung koronari di negara kita sebelum tiba di hospital?

Ada beberapa postulasi kenapa kadar kematian di luar hospital adalah tinggi. Di antaranya ialah kegagalan mengenal pasti simptom sakit jantung, kelewatan meminta bantuan atau kelewatan memberi rawatan awal seperti rawatan renjatan elektrik (defibrilasi) dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Apakah simptom atau manifestasi awal penyakit jantung koronari? Sakit dada semasa rehat atau ketika menjalankan tugas, riadah atau aktiviti adalah antara manifestasi awal.

Ianya sakit yang teramat dan mencemaskan. Ada di antara para pesakit menyatakan ia seumpama terputus nafas atau hampir mati, dada seperti hampir pecah atau seumpama seekor gajah menghempap dada mereka.

Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada, terbakar dalam dada, ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat di dalam dada selama lebih dua minit.

Sakit dada penyakit jantung koronari bertambah jika pesakit meneruskan aktiviti atau stres dan ianya berkurangan atau hilang bila pesakit berehat atau menggunakan ubat pengembangan salur darah (GTN) di bawah lidah.

Kadang-kala sakit dada ini dapat dirasa pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit juga mungkin berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya, muntah dan berpeluh.

Ianya adalah suatu pengalaman yang mengerikan. Jika anda mengalami sakit dada selama lebih dari 10 minit semasa rehat, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Tindakan pantas

Apakah yang perlu anda lakukan bila saudara atau rakan anda mengadu sakit dada seperti yang diutarakan di atas?

Anda perlu yakin bahawa ianya adalah disebabkan oleh penyakit jantung koronari. Tindakan pantas anda mendail talian kecemasan 999 untuk mendapatkan perkhidmatan hospital atau segera menghantar pesakit ke hospital berhampiran berkemungkinan akan menyelamatkan nyawa atau mencegah kemusnahan otot jantung pesakit.

Buatlah panggilan secara efektif. Bertenang dan bernafas dengan betul. Jangan tergesa-gesa bila bercakap.

Kenalkan diri anda dan terangkan keadaan pesakit. Jangan lupa memberitahu lokasi anda dengan tepat.

Elakkan membuat panggilan sia-sia kepada kaum kerabat atau berbincang dengan doktor persendirian pesakit.

Masa adalah amat penting dalam rawatan penyakit jantung koronari. Kemusnahan otot jantung makin bertambah setiap minit sehingga aliran darah koronari kembali mengalir dengan efektif.

Tenangkan perasaan dan dudukkan pesakit dalam posisi rehat. Ini mungkin akan mengurangkan kesakitan pesakit.

Tunggu bersama pesakit sehingga bantuan tiba. Kemungkinan pesakit akan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas dan anda harus melakukan CPR.

Adalah menjadi harapan penulis di masa hadapan setiap kes sakit dada dinilai dan dirawat oleh kakitangan perubatan terlatih yang membawa peralatan dan ubat-ubatan lengkap ke tempat kejadian. Penulis percaya ianya mampu mengurangkan kadar kematian penyakit jantung koronari.

Setibanya di Jabatan Kecemasan, pesakit akan diperiksa oleh doktor. Elektrokardiografi (ECG) akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit dada dan kategori penyakit jantung koronari.

Hasil keputusan ini membantu doktor memberi rawatan yang tepat kepada pesakit. Ubat-ubatan yang akan diberi kepada pesakit ini termasuk oksigen, aspirin, plavix, GTN, morfin, heparin, streptokinase dan lain-lain.

Pakar jantung akan melakukan Intervensi Jantung Primer (Primary Coronary Intervention) atau pembedahan jika keadaan amat memerlukan.

Kesimpulannya, penyakit jantung koronari adalah pembunuh utama masyarakat Malaysia. Ia mampu dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat – makanan seimbang, melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, tidak merokok atau mengambil alkohol, dan juga selalu berdoa kepada tuhan.

Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang. Allahualam.

Read more...

POSTING BUKAN HAK ISTIMEWA PELAJAR UPSI

Isu penempatan sememangnya isu sensitif yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan di UPSI sekiranya ia berpanjangan. Biar apa isu yang timbul tetapi isu penempatan atau lebih kerap digunakan warga UPSI dengan perkataan ‘posting’ jangan sekali-kali disentuh.

Baru-baru ini heboh SATU MALAYSIA dengan khabar mengatakan 'posting' bakal dibeku. Kemudian diperbetul pula dengan kenyataan mungkin dilewatkan. Semuanya gara-gara laporan blog UPSIkini yang mengambil ucapan TNC Akademik & Antarabangsa UPSI semasa satu program di UPSI. Sampai sekarang pun masih ada bunyi-bunyi tentang isu ini.

Apapun yang mahu diperdebatkan tentang isu ini, satu perkara yang perlu disedari, “Penempatan bukan hak istimewa pelajar UPSI”. Itu seharusnya diakui pelajar UPSI. Tidak ada satu dokumen yang mengatakan pelajar UPSI mempunyai hak untuk mendapat penempatan, cuma mungkin pihak yang berkaitan berasa terhutang budi dengan sejarah UPSI dalam menjadi pusat melahirkan guru-guru sejak zaman sebelum kemerdekaan.

Hakikat ini semakin mula dizahirkan sedikit demi sedikit. Keadaan mula berubah setelah kementerian yang dulunya SATU menjadi DUA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). UPSI diletakkan di bawah KPT dan membesarkan anak yang mahu berbapakan KPM. KPM juga punya anak sendiri, IPGM, dan ada anak susuan – DPLI dan KPLI. UPSI di mana agaknya?

Memang UPSI ada mencetak Ijazah yang bertatahkan pendidikan namun bagi KPM Anak Kandung Suluh Budiman ini anak orang lain biarpun bin atau bintinya pendidikan. Tak ada dalam mana-mana wasiat mengatakan anak dari UPSI ini akan dilamar KPM untuk jadi menantu. Semuanya bermula bila KPM dan KPT bercerai. Dan hak istimewa posting tak terpakai oleh Anak Kandung Suluh Budiman!!

Mungkin keadaan ini akan kembali pulih apabila KPT merujuk semula dengan KPM untuk menjadi SATU keluarga semula. Mungkin boleh dipanjangkan kepada Tok Kadi yang SATU itu.

sumber : UPSIKINI

Read more...

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

oleh Nimod_Hamim

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Read more...

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA

>> 17 September, 2009


ASSALAMUALAIKUM ... SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA WARGA DPLIUM 2009 UNTUK SEMUA YANG MENGENALI
TAK LUPA JUGA KEPADA TENAGA PENGAJAR , PARA PENSYARAH DAN PARA TUTOR YANG TELAH BERJASA DAN BERKONGSI ILMU DENGAN GURU-GURU PELATIH DPLIUM 2009 .
SEMOGA BERBAHAGIA DAN DAPAT KEJAYAAN DIDUNIA DAN AKHIRAT

Read more...

sURAH-SURAH DALAM ALQURAN

SURAH AS-SAJDAH

Merupakan surah yang ke 32 dalam al-Quran yang terdiri dariapada 30 ayat. Surah ini termasuk surah Makkiyah. Rasulullah s.a.w menerangkan keutamaan pembaca surah as-Sajdah antara lain;

1. Mendapatkan keimanan yang kuat dan ilmul yaqin.

2. Mendapat pahala seperti pahala orang yang beribadah pada malam Lailatul qadar

3. Jika dilanjutkan dengan membaca sural al-Mulk(Tabarak), Allah swt mencatatkan tujuh puluh kebaikan, mencabutkan tujuh puluh keburukan dan mengangkat tujuh puluh darjat.

Rasulullah s.a.w menganjurkan membiasakan diri membaca

1. Surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua solat subuh di hari Jumaat
2. Surah as-Sajdah dan surah al-Mulk menjelang tidur.

SURAH AL_MULK

Surah al-Mulk disebut juga surah Tabarak adalah surah ke 67 dalam al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat. Surah ini termasuklah surah Makkiyah. Rasuluillah s.a.w sangat mencintai al-Mulk. Oleh kerana itu beliau mengharapkan agar surah al-Mulk berada di dalam kalbu setiap mukmin. Rasulullah s.a.w menerangkan fadhilat bagi pembaca surah al-Mulk antara lain;

1. Diberikan keselamatan azab kubur.
2. Diberikan syafaat sampai diampunkan dosa-dosanya.
3. Dikeluarkan dari neraka dn dimasukkna ke dalam syurga.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP