03 Februari, 2009

MESYUARAT KALI PERTAMA BIRO-BIRO PERSATUAN DPLI UM '09

Mesyuarat antara ajk-ajk biro persatuan DPLI UM 09 diadakan buat pertama kali pada 21 Januari 2009. Antara biro-biro tersebut iaitu Biro Akademik, Biro Kebajikan, Biro perhubungan, Biro Penerbitan dan Biro Sukan. Mesyuarat antara Majlis Tertinggi dan Ketua-ketua Biro telah diadakan 2 hari sebelumnya iaitu pada 19 Januari 2009.

Mesyuarat Biro-biro ini diadakan bagi menyelaraskan bidang tugas yang akan dimainkan oleh setiap biro sepanjang pengajian. Dengan masa yang terhad, kami dibahagikan kepada biro-biro tertentu dan membincangkan aktiviti yang bakal dijalankan & bidang tugas masing-masing. Hasilnya, ketua-ketua biro membentangkan aktiviti yang bakal dijalankan dalam tempoh pengajian selama setahun.

Pelbagai agenda dibentangkan, antaranya mengadakan seminar, karnival DPLI, menerbitkan buletin bulanan & majalah, mengaktifkan blog dan lain-lain. Marilah kita sama-sama, menjadikannya sebagai realiti bukan impian semata-mata. Kita merancang, Allah menentukannya.




biro penerbitan

biro akademik

biro perhubungan

biro kebajikan



biro sukan

Tiada ulasan: