15 April, 2009

1st Day SEM II

All DPLIians melangkah masuk ke dewan kuliah dengan semangat dan azam yang baru untuk mengikuti kuliah hari ini. Kuliah hari ini,dibekalkan dengan pro-forma kursus sebagai pengenalan kepada kursus-kursus berikut:

Kod kursus: PAFD5102

Tajuk kursus: Asas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Pensyarah: Prof Madya Dr.Wan Hasmah Wan Mamat

Sinopsis Kursus:
Kursus akan membincangkan sejarah perkembangan falsafah pendidikan utama Barat seperti perenialisme, progresivisme dan esensialisme yang mempengaruhi perkembangan falsafah pendidikan dunia. Perbandingan akan dibuat dengan falsafah pendidikan Islam. Dengan latar belakang ini, sejarah perkembanan pendidikan di Malaysia akan dikaji untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi polisi dan amalan pendidikan dari semasa ke semasa. Tumpuan akan diberi terhadap perkebangan terkini seperti Falsafah Pendidikan KEbangsaan dan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pelajar juga akan dibimbing untuk mengenal pasti andaian di sebalik pelbagai pendekatan dan pengajaran dan seterusnya menyedari falsafah pendidikan masing-masing.



Kod kursus: PPFD5305

Tajuk kursus: Kemahiran Asas Kaunseling

Pensyarah: Dr.Melati Sumari

Sinopsis Kursus:
Kursus ini bertujuan untuk membincangkan skop bimbingan, kaunseling dan pendidikan serta kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Pelajar didedahkan dengan beberapa teori kaunseling yang utama sebagai asas mengenali manusia.

Kod kursus: PAFD5103

Tajuk kursus: Sekolah dan Masyarakat

Pensyarah: Prof Madya Dr.Noraini Mohd Salleh

Sinopsis Kursus:
Kursus ini membincangkan sekolah sebagai institusi masyarakat dan hubungan dua hala dengan komuniti setempat antara asas utama permuafakatan dengan melihat amalan, polisi dan aktiviti/ program sekolah berhubung dengan permuafakatan. Beberapa model permuafakatan dan isu serta kajian lepas tentang permuafakan dibincang

Tiada ulasan: