06 April, 2009

SELAMAT MENJALANI PROGRAM ORIENTASI SEKOLAH (POS)

Penempatan Orientasi Sekolah (POS) Program Diploma Pendidikan Universiti Malaya di sekolah-sekolah pilihan bermula 5 April 2009 hingga 9 April 2009 bagi Kedah, Kelantan dan Terangganu dan 6 April hingga 10 April bagi negeri-negeri lain.

Untuk tujuan POS pelajar dikehendaki memilih satu projek penambahbaikan yang dijalankan di sekolah-sekolah pilihan dimana pelajar akan menyediakan satu porfolio dan laporan untuk diserahkan kepada fakulti.

POS merupakan satu komponen dalam pratikum yang memberi kefahaman awal kepada pelajar mengenai alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai institusi pendidikan melalui satu projek penambaikan yang dipilih. pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru, pengurusan sekolah dan komuniti sekolah.

Tiada ulasan: