OLEH KHAIRUL HIDAYAT
Da’ie perlu memulai dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri para duat ialah:
1. Kuat tubuh badan
Da’ie perlu memulai dengan memperbaiki dirinya sebelum memperbaiki orang lain.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri para duat ialah:
1. Kuat tubuh badan
- Dakwah merupakan tugas dan tanggungjawab yang berat. Ia memerlukan tubuh badan yang sihat dan akal yang cerdas.
- Rasulullah SAW amat menitikberatkan soal kesihatan. Baginda bersabda yang bermaksud : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
- Pesanan Imam Hassan al-Banna : Hendaklah da’ie sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.
2. Akhlak yang mantap
- Akhlak para duat ialah Al-Quran dan ini telah ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW.
- Ia dijelaskan lagi dengan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan da’ie : sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius dan menjauhi perkara – perkara buruk.
3. Fikiran yang berpengetahuan
- Da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat semasa supaya ia mampu menceritakan kepada orang lain.
- Pengetahuan tersebut perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah dalam bidangnya
- Pesanan Imam Hassan al - Banna: Da’ie perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
- Da’ie juga mestilah mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4. Mampu berusaha
- Jika da’ie yang kaya, mereka juga perlu bekerja
- Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.
- Meletakkan jawatan sekiranya majikan menghalang keperluan dakwah dan menganggap kerja itu lebih penting daripada dakwah
- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
- Menjauhi riba dalam semua lapangan.
- Menyimpan untuk waktu kesempitan.
- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
5. Akidah yang sejahtera
- Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad SAW sebagai Nabi.
- Sentiasa bermuraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6. Ibadah yang sahih
- Melazimkan diri melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
- Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
- Tidak melampau atau berkurang (pertengahan)
7. Mampu melawan nafsu
- Da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
- Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
- Da’ie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu
- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
- Para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..
9. Berperancangan tersusun dalam urusan
- Bagi memanfaatkan waktu dengan baik, perancangan perlu dilaksanakan dalam segala urusan.
- Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain.
- Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
- Da’ie juga adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada para duat.
- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
- Da’ie akan merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah apabila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan