04 Julai, 2009

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Kajian tindakan dalam pendidikan
Kuliah 1
Konsep kajian tindakan.

kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas satu-satu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.

kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. kajian juga membantu guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
contohnya:
Guru menjalankan kajian tindakan mengenai kelemahan penguasaan bahasa arab dikalangan pelajar sekolah agama. Sebelum melakukan apa-apa tindakan seseorang guru itu perlu mengetahuai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Untuk penambahbaikan guru perlu menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar di dalam kelas. Selain itu, menggalakkan pelajar menggunakan bahasa arab untuk berkomunikasi diantara mereka. mengadakan minggu bahasa arab pada setiap bulan. Tindakan ini perlu dilakukan sehingga mencapai matlamat yang telah dirancang.

Proses kajian tindakan

1) Merancang
sebelum kajian tindakan dilakukan, seseorang penyelidik perlu membuat perancangan terhadap isu atau masalah yang akan dikaji.
2) Bertindak
selepas perancangan dibuat, penyelidik perlu melaksanakan kajian berdasarkan apa yang telah dirancang.
3) Pemerhatian
pemerhatian bertindak sebagai pengumpulan maklumat, hasil daripada pemerhatian ini penyelidik dapat mengenalpasti apa yang perlu dilakukan dan melaksanakan apa yang telah dirancang dengan teliti.
4) Refleksi
selepas semua perancangan dibuat, penyelidik perlu melakukan refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.
Jenis-jenis kajian tindakan
1) Individu - melakukan kajian secara bersendirian.
2) Kolaboratif - melakukan kajian secara berkumpulan iaitu lebih daripada dua orang.
3) Sekolah
4) Daerah
KULIAH 2
Reka bentuk kajian tindakan
Reka bentuk kajian tindakan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
Projek teras iaitu kajian yang dilakukan untuk dilaporkan hasilnya kepada organisasi melalui empat proses seperti rancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Projek akademik dan penulisan artikal ilmiah. kajian ini akan melibatkan kajian kepustakaan, pengumpulan data, analisis data dan sumbangan kepada bidang pengetahuan.
kajian tindakan secara umumnya berbentuk gelungan kerana kebiasaannya satu pusingan sahaja belum tentu berjaya seperti yang diingini. Dengan itu, pengkaji perlu melakukan pusingan kedua dan seterusnya sehingga sesuatu masalah yang dikaji itu berjaya dan menjadi satu amalan atau kebiasan.

Contohnya la……

Aktiviti 1
Refleksi selepas mengikuti program BIG II
Masalah
- Kurang berkeyakinan
- pengurusan masa
Penambahbaikan
- Berfikiran positif
- Yakin dengan diri sendiri
- Bertenang dan kawal perasaan
- Berusaha untuk menepati masa
Matlamat (umum)
- Membina sahsiah guru yang cemerlang
Objektif
- Membaiki kelemahan diri
- Membina ketahanan mental dan fizikal
Pelan tindakan
1. Langkah-langkah yang perlu diambil
- Kenal pasti masalah
- Baiki kelemahan
- Berusaha mengekalkan apa yang telah diperbaiki
2. Bagaimana anda ingin mengumpul data
- Pemerhatian
- Bertanya pada kawan-kawan
3. Bagaimana anda ingin memantau apa yang anda rancang dilaksanakan
- Bertanya pada diri sendiri (muhasabah diri)
- Bertanya pada kawan-kawan
4. Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat.
- Mendapatkan maklum balas dari kawan-kawan dari masa ke semasa.
Aktiviti 2
Masalah
kelemahan pelajar dalam penguasaan tulisan dan bacaan jawi
Penambahbaikan
murid dapat membaca tulisan jawi dengan betul dan lancar.
murid dapat menulis dengan betul.
murid boleh membaca tanpa menggunakan baris.
murid boleh mengaplikasikan tulisan jawi dalam proses pembelajaran.
Strategi
langgan dan baca akhbar tulisan jawi.
mencari dan mengumpul artikal dalam tulisan jawi.
membuat nota dalam tulisan jawi.
mereka pantun dan sajak dalam tulisan jawi.

KULIAH 3

-ni utk faham sendiri je..kalau nak wat risearch

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan
Konsep perubahan dalam pendidikan
Bidang pendidikan yang telah, sedang dan akan berlaku menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.
Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana sistem pendidikan bersifat dinamik bukan statik.
Jenis perubahan
Menurut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan:-
Perubahan ke arah peningkatan.
Perubahan strategik organisasi.
Perubahan reaktif (tindak balas).
Perubahan akibat daripada jangkaan.
Perubahan merupakan sesuatu yang kompleks kerana ia dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi.
Evolusi: Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa yang panjang.
Revolusi: Perubahan yang meninggalkan kesan buruk dan membinasakan.
Sebarang keputusan yang diambil untuk melakukan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Pertimbangan tersebut adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:-
1. Perubahan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu
2. Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Unit perubahan terdiri daripada:-
Individu
Kumpulan/Pasukan
Jabatan
Organisasi
Sistem organisasi
Komuniti
3. Sifat perubahan
4. Magnitut perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangkamasa perubahan
Aktiviti (kerja berkumpulan)

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

8 sebab:
1. Perubahan dilakukan secara drastik.
2. Lebih selesa dengan malan yang sedia ada atau berada dalam zon yang selesa.
3. Perubahan yang dilakukan tidak menunjukkan penambahbaikan.
4. Perubahan tidak menunjukkan matlamat/ objektif yang jelas.
5. Perubahan yang dilakukan tidak rasional dengan akal fikiran.
6. Perubahan yang dilakukan disebabkan oleh pihak tertentu dan bukannya kerelaan hati.
7. Tidak berani menanggung risiko untuk melakukan perubahan.
8. Perubahan yang dilakukan adalah bertukar-tukar dan tiodak konsisten.


Cara Penyelesaian:
1. Perubahan mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat.
2. Perubahan yang dibuat mestilah dengan kerelaan hati dan persepakatan dalam organisasi.
3. Perlu menetapkan matlamat yang jelas sebelum melakukan sesuatu perubahan.
4. Perubahan yang dibuat hendaklah mengikut keadaan atau isu semasa.
5. Mesti berani menanggung risiko dan tetap pendirian untuk melakukan perubahan.
6. Berfikiran terbuka untuk menerima perubahan.
7. Perlu menentukan jangka masa tertentu sehingga mencapai objektif yang ditetapkan sebelum melakukan sesuatu perubahan yang baru.
KULIAH 4
Kajian Tindakan dalam Pendidikan
Kajian Tindakan dilakukan oleh guru untuk meneliti, menyelidik dan mengkaji sesuatu permasalahan secara sistematik bagi tujuan untuk membuat penambahbaikan. penambahbaikan ini boleh dibuat untuk membaiki kelemahan pengajaran yang disampaikan oleh guru dari segi teknik pengajaran, sterategi yang digunakan supaya dengan cara ini dapat memberi kesan kepada pelajar untuk memahami teknik yang digunakan.
Langkah2 dalam proses Kajian Tindakan (Johnson, 2005)
Merancang pengumpulan data
Pengumpulan dan penganalisisan data
Membentuk plan tindakan
Berkongsi dapatan dan plan tindakan
Kajian kepustakaan
Merumuskan masalah, persoalan dan bidang yang diminati untuk dikaji
Kajian Kepustakaan
Sorotan yang dilakukan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
Menbandingkan dan membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kreteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Menganalisis
Mengolah maklumat yang di perolehi dengan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa yang berlaku dan dapat mencari makna yang tersirat.
kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks yang menggunakan beberapa kemahiran berfikir.
Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Membuat kesimpulan
Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk rumusan.

Tiada ulasan: