17 September, 2009

Palestin Menyedarkan Ummah

Oleh Muhammad Muzakkir

Salam,

Saudaraku dalam Islam,Marilah kita tanpa jemu-jemu membantu perjuangan Islam di bumi-bumi kita dan juga di bumi Palestin. Isu Palestine adalah isu yang berkaitan dengan aqidah kita.

Semalam, saya berkesempatan bertemu ulamak palestin yang datang ke Malaysia baru-baru ini. Sh. Abu bakr namanya. Beliau adalah penasihat kanan Ulamak Palestin yang dibawa khas daripada Syria. Beliau dibawa oleh sekretariat Haluan palestin untuk roadshow di seluruh negara. Tahniah diucapkan.

Beliau sampai di Masjid berdekatan dengan rumah saya utk ceramah dan terus iftar bersama-sama dengan hadirin yang hadir di masjid. Saya bertuah kerana dapat makan setalam dengan beliau. Beliau buta matanya akibat seksaan oleh regim zionis laknatulah. Sempat taaruf ringkas dengannya semasa iftar, beliau menjemput untuk ziyahinya apabila melakukan kunjungan ke Damsyik, Syria iaitu tempat tinggalnya sekarang. Dia juga menasihatkan agar orang yang nak laksana kerja-kerja Islam mesti menjaga hubungan dengan Allah, jauhi maksiat, kuat tilawah Al Quran, kuat laksana qiyamullail dan melakukan puasa sunat. Inilah sumber kekuatan yang ada kepada pejuang-pejuang Islam yang ada di Palestine.

Selesai solat Maghrib beliau meneruskan sesi ceramahnya. Antara isi penting yang diberikan ialah dia mengatakan dia mencintai kita kerana Allah, kerana kita semua adalah muslim. Dia memuji nenek moyang kita kerana memeluk Islam dengan menggunakan aqal dan berfikir dan bukannya kerana paksaan.

Beliau juga mengajak kita sama-sama berjihad membantu saudara-saudara kita di bumi Palestin. Kita di sini berpuasa dalam keadaan yang aman damai. Namun saudara-saudara kita di sana berada dalam keadaan yang keperitan yang amat sangat. Menurut beliau, kategori jihad ini adalah pelbagai, iaitu jiahd dengan harta, jihad dengan ilmu, jihad dengan tenaga, dan yang tertingginya ialah dengan nyawa. Beliau menekankan agar kita juga boleh melakukan jihad dengan banyak berdo'a. Do'a menurut rasul SAW: doa' adalah senjata mukmin. dan juga adalah ibadah.


Justeru itu, kita perlu banyak berdo'a agar Allah SWT membantu perjuangan Islam di Palestin. Sh Abu Bakar juga membawa mesej dan pesanan dari wanita-wanita palestine khusus kepada wanita-wanita Islam di Malaysia. Antara yang saya ingat ialah:

- kami telah merelakan agar kami menjadi janda, suami-suami kami syahid berjuang pada jalan Allah.


- kami telah merelakan anak-anak kami berjuang dan syahid pada jalan Allah


- kami telah merelakan rumah-rumah kami musnah kerana dihancurkan oleh zionis laknatullah


- kepada wanita-wanita di malaysia, apakah sumbangan anda? apa yang akan anda jawab di hadapan Allah SWT di akhirat nanti, dalam usaha membantu perjuangan Islam di Palestine?

Inilah mesej yang perlu kita sama-sama fikir-fikirkan.

Renungan:


1. Saya merasa terkesan dengan pertemuan ringkas dengan Sh Abu Bakar dan ceramah yang beliau sampaikan. Sedikit sebanyak, ianya dapat menaikkan semua syu'ur jihad agar lebih sungguh-sungguh melaksanakan kerja dakwah, tarbiah ini.


2. Orang palestin yang berjuang, berbincang sesama mereka tingkat syurga mana yang mereka nak miliki. Berbanding dengan kita yang hanya mengharap2 untuk dapat masuk syurga sahaja. Itupun, ramai yang tidak sungguh-sungguh untuk laksana amanah Islam ini

Tiada ulasan: