Diploma pendidikan lepasan ijazah diwujudkan selaras Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 bersetuju bahawa pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga mulai Sesi Akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh kedua-dua kementerian berdasarkan Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Tempoh pengajian Diploma Pendidikan (ISMP) di IPTA ialah 1 tahun (2 semester). Calon yang terpilih wajib memenuhi tempoh pengajian yang ditetapkan dan lulus dengan jayanya untuk membolehkan penempatan sama ada di sekolah Menengah/ Kolej Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) atau di Politeknik atau Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi guru di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi di KPM.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA akan menaja yuran Pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti di KPTM
sumber: http://e-dpli.tripod.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan