2hb Januari 2009 (09:00am-12:45pm), kami warga DPLI UM ambilan Januari 2009 mendaftar di kolej-kolej kediaman,Universiti Malaya Kuala Lumpur seperti yang telah tertera dalam surat tawaran masing-masing. Walaubagaimanapun, ada yang memilih untuk menginap di luar kampus. Terserah, masing-masing ada pilihan dan alasan tersendiri.
02:30pm: kami mula memenuhi ruang legar, blok pentadbiran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk tujuan pendaftaran. Pelbagai gelagat dirakamkan. Ada yang diam membisu, ada yang berborak tanpa sedar mengganggu yang lain( ye la, berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama kenal).03;00pm :Beberapa petugas mula menjalankan tugas menyemak senarai pelajar yang mendaftar, menyerahkan beg yang berisi buku panduan, borang perjanjian, akujanji, cenderamata dan mengumpulkan borang-borang serta dokumen yang berkaitan. Dengan jumlah kami yang agak ramai iaitu 101 orang, penyerahan borang tidak selesai seperti sepatutnya kerana kami perlu menghadiri taklimat di dewan bestari.
03:30pm: Dewan Bestari, kami memenuhi ruang dalam dewan tersebut. Kami mendengar taklimat daripada timbalan dekan Fakulti Pendidikan iaitu Prof Madya Dr Wan Hasmah Wan Mamat. Sangat baik & banyak bersabar dengan kerenah kami. Kami turut dihidangkan dengan persembahan multimedia oleh wakil Fakulti Pendidikan. Taklimat diteruskan lagi dengan taklimat SKR dan Bendahari. Sedikit kegusaran timbul, apabila wakil SKR cik Wan Farhana membangkitkan isu pelajar Middle Earth yang tidak memiliki Ijazal Asal. Walaubagaimanapun isu ini tidak dipanjangkan kerana mereka memiliki ijazah sementara & pengesahan daripada kerajaan Malaysia yang mereka telah berkonvokesyen. Tetapi mereka dinasihatkan untuk mendapatkan ijazah asal sebelum menamatkan program DPLI sepenuhnya. semuanya kembali tenang. InsyaAllah kami akan bersama-sama mengaut sebanyak ilmu & pengalaman sepanjang berada di UM. Sedikit jamuan petang mengakhiri pertemuaan kami pada hari ini. Masing-masing tersenyum puas, semuanya berjalan lancar. Program esok menanti kami warga DPLI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan