Kuliah hari kedua menguji kemahiran kami menggunakan ICT, iaitu PJFD5101 Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan. Kami dibimbing oleh Prof Dr.Raja Maznah, Cik Chin Hai Leng, Ng Huey Zher, Cik Masyitah dan En.Hafiz. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan proses pembelajaran. Kami didedahkan dengan adec e-learning dan facebook. Penggunaan adec e-learning dan facebook akan berterusan sehingga akhir semester.
miss Ng Huer Zher memberi penerangan ringkas tentang facebook

masing-masing tekun mendengar penerangan berkaitan facebook
Pada sebelah petangnya, kami mengikuti kuliah PPFD5104 Aplikasi Psikologi Pendidikan yang disampaikan oleh Prof Dato' Dr. Mohd Mansur iaitu merupakan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang psikologi.
Kuliah pada hari berikutnya iaitu PAFD5105 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, disampaikan oleh Dr.Ghazali. Kursus ini membincangkan tentang perspektif dan amalan pedagogi dalam Pendidikan Islam terutamanya yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. 02:30pm-06:30pm Rabu, diperuntukan untuk aktiviti berpersatuan & kokurikulum.
Kuliah pada hari khamis, bagi yang mengambil bahasa arab sebagai kaedah kedua akan mengikuti kuliah PBFD5134 Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab oleh Dr.Zawawi dan PBFD5136 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab oleh Dr.Muhammad Azhar Zailani. Manakala bagi yang mengambil Pendidikan Sivik & Kewarganeraan sebagai kaedah kedua akan bersama-sama Prof.Madya Dr Wan Hasmah untuk subjek PAFD5108 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Prof Madya Dr.Chang Lee Hoon bagi subjek PAFD5107 Kurikulum Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.
PMFD5102 Pendidikan Jasmani dan Kegiatan Kokurikulum dikelolakan oleh Pn Zainun dan Dr.Shabeshan pada setiap hari jumaat 09:00am-11:00am. Kami turut dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada sebelah petang, PAFD5104 Kurikulum Pendidikan Islam disampaikan oleh Dr.Zaharah Hussin.Kursus ini membincangkan tentang asas utama dalam perancangan kurikulum dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum Pendidikan Islam. Catatan ini merangkumi semua kuliah yang kami ikuti pada semester ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan