09:00am : Hari ini hari pertama, kami warga DPLI UM '09 memulakan kelas. Tergambar wajah-wajah bersemangat dikalangan kami. Semua mengambil tempat di Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan. Bilik kuliah yang sangat selesa. Salam perkenalan bermula di sini. Masing-masing memilih tempat duduk di sebelah teman yang telah dikenali ( sebelum ni universiti yang sama), ada juga memilih bersama teman baru. Masing-masing berusaha menyesuaikan suasana baru. Bagi pelajar-perlajar dari universiti penempatan corak pembelajaran hampir sama setiap universiti. Tapi, tertentu ada kelainan bagi pelajar-pelajar dari middle earth. Kepada semua generasi pendidik, sama-sama kita menimba ilmu & pengalaman di sini dengan sehabis baik.
PPFD5105 Pentaksiran pembelajaran di bawah kelolaan Dr. Shahrir Jamaluddin merupakan subjek pertama kami. Untuk permulaan kami diberi penerangan tentang keseluruhan subjek ini.Tujuan utama kursus ini diperkenalkan untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas, teori dan amalan tentang prinsip pentaksiran pembelajaran yang berkualiti dari pelbagai domain. Antara lain, topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut: Teori asas pembinaan alat pengukuran termasuk pentaksiran alternatif seperti penggunaan portfolio, pentaksiran autentik, pentaksiran berasaskan prestasi, isu kolehpercayaan dan kesahan instrumen.
2 jam berlalu, kelas kami tamat. Hari ini, hanya subjek ini termaktub dalam jadual. Jadi kami mengisi waktu hari ini dengan aktiviti masing-masing. Bagi yang tinggal di kolej yang mempunyai jadual makan tetap, balik ke kolej untuk menikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh mak-mak cik dewan makan. Bagi yang lain, cafe Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sastera menjadi tempat santapan utama.
Pembelajaran hari ini mungkin mudah dikalangan kami yang berpengalaman bertahun-tahun menjadi guru, mungkin sukar kami yang tiada pengalaman tersebut. Pimpinlah tangan-tangan kami untuk sama-sama bergerak seiring dengan kalian. Kita bertemu lagi esok, untuk mengikuti pengalaman-pengalaman menarik selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan