Pada hari Ahad 15 Februari , Pengakap Universiti Malaya dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Kursus Induksi Pengakap yang bertempat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini bertujuan melengkap siri ujian untuk mendapat Anugerah Manik Kayu di mana para peserta wajib menghabiskan silibus pengajian sebelum dianugerahkan dengan Manik Kayu.
Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih daripada Persekutuan Pengakap Malaysia En Amir Hamzah b Aman serta dibantu oleh 2 orang pembantu jurulatih iaitu En Shah dan En Abd Razak. Pelbagai ilmu disampaikan berkaitan pengakap seperti sejarah penubuhan Pengakap, pengurusan dan pentadbiran Pengakap , pakaian dan aksesori Pengakap, pengenalan Kursus Manik Kayu dan sebagainya. Kesimpulannya kursus ini memberi pengenalan asas kepada semua pelajar DPLI UM berkaitan ilmu kepengakapan.
Written by :

Tiada ulasan:
Catat Ulasan