22 Februari, 2009

KUMPULAN NASYID DPLI UM 2009 SERTAI FINAS '09

Tahniah!!! buat wakil DPLI UM 2009 yang menyertai Fetival Nasyid ( FINAS '09) anjuran JKP Balai Islam KK 12 dan Barisan Pelaksana FINAS ’09 sempena Fiesta Rumah Terbuka Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah yang berlangsung semalam 21 Februari 2009 ( Sabtu ), 09:00pm bertempat Dewan Gemilang Kolej Kediaman Ke 12. Program ini berorientasikan pertandingan nasyid antara kumpulan-kumpulan nasyid daripada dalam UM dan juga penyertaan daripada pihak luar iaitu UITM & UPM.


Walaupun dengan persediaan yang last minute, dengan lagu nasyid "Epilog Budi" nyanyian Rabbani, kumpulan nasyid DPLI (terdiri dari 6 orang, 3 warga DPLI dan 3 kenalan )memberikan persembahan yang terbaik dan bersaing dengan 9 kumpulan yang lain. Kesemuanya hebat2 belaka. Pujian & kritikan membina diterima dari pengadil iaitu Ust Sufian & Ust Asri ( vokalis kumpulan Rabbani). Bukan tempat 1,2 & 3 yang menjadi rebutan utama sebaliknya ia adalah peluang memperkenalkan DPLI di persada UM khasnya.

Selaku tuan rumah, kumpulan nasyid kolej 12 cahaya gemilang muncul juara dengan membawa pulang RM500, sijil & hamper. Naib juara menjadi milik wakil UPM yang menerima RM300, sijil & hamper. Tempat ketiga menerima RM100, sijil & hamper dimenangi oleh wakil UITM.


JKP Balai Islam klj 12 turut melancarkan kutipan tabung kemanusiaan untuk saudara-saudara seIslam kita di Gaza yang sedang diuji dengan kesusahan dan insya Allah kutipan sumbangan itu nanti akan disumbangkan kepada MERCY. Sebelum majlis penyampaian hadiah, program Festival Nasyid ini dimeriahkan lagi dengan persembahan sebuah kumpulan nasyid yang terkenal di tanah air iaitu RABBANI.


Tahniah sekali lagi buat kumpulan nasyid DPLI. Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi. Jangan segan tunjuk bakat masing-masing. Semoga berjaya!!! Caiyok!!!

u/p: gambar yang diambil kurang jelas kerana berjauh dari pentas & kurang cahaya (berkaitan setting camera)-bukan jurukamera yg bertauliah. Bolehlah sapa-sapa yang menawarkan diri untuk merakamkan gambar2 aktiviti & sebagainya sepanjang tempoh kita dalam DPLI dan serahkan gambar-gambar tersebut kepada Biro Penerbitan DPLI UM 2009 bersama description. TQ

Tiada ulasan: