Disediakan oleh FaRQoLiK Salam sejahtera dan salam pengakap,
Sejarah telah mencatatkan, Universiti Malaya telah menghantar deligasi buat kali pertamanya 4 wakil bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Pengakap KLKM bertempat di BP Pengakap Kuala Lumpur selama 2 hari pada 7-8 feb 09 .Majlis yang di pengerusi sendiri oleh Tn Haji Rosdi Abdul Rahman. Pada hari pertama membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh KLKM untuk aktiviti tahunan. Majlis turut mewujudkan satu organisasi Majlis Tertinggi Perwakilan KLKM bagi menggerakkan program-program dan menyampaikan segala malumat kepada semua ahli KLKM mengikut zon yang telah ditetapkan. 

Ahli majlis perwakilan KLKM di tubuhkan mengikut sistem undian(tidak termasuk universiti malaya kerna jadual kuliah yang padat dan mendapat persetujuan Ahli Majlis Tertinggi) majlis konsil juga melantik ketua KLKM mengikut zon utara, pantai timur, selatan, tengah dan luar. Berikut adalah hasil dari Pemilihan Majlis Perwakilan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (MPKLKM) untuk rujukan pengakap KLKM Universiti Malaya:
Pada hari ke-2 mesyuarat di hadiri oleh Penolong Ketua Jurulatih Pengakap Malaysia bagi mempengerusikan Majlis konsil KLKM, turut hadir ialah setiausaha agung Pesuruhjaya Pengakap dan Pesuruhjaya tertinggi yang lain. Majlis membincangkan pemilihan seketariat KLKM, pemilihan tuan rumah Hinex ke 9 dan hal berbangkit seperti persetujuan pembahagian zon dan program tahunan bertaraf internasional. Segala penganjuran sesuatu aktiviti boleh menjemput IPT lain untuk turut sama mengeratkan kerjasama diantara IPT yang lain. Terkini Universiti Malaya di jemput untuk menghantar wakil ke USA serta aktiviti-aktivi jamboree yang lain.
IBU PEJABAT PENGAKAP (RUMAH BP)
IBU PEJABAT PENGAKAP (RUMAH BP)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan