09 Februari, 2009

EXPEDISI KAYAK AKHAWAT

Isnin, 9 Feb 2009 : Kali ini tasik varsiti menjadi medan pertemuan Akhawat2 DPLI UM '09 untuk beriadah. Peluang ini digunakan sebaik-baiknya untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara kami. Atas inisiatif Biro Sukan, kami mengadakan expedisi kayak walaupun antara kami, ini adalah pengalaman pertama. Tetapi ada juga sesetengah pernah mencuba sebelum ini. Tetapi semuanya tidak sabar & excited untuk memulakan kembara kali ini. Walaupun ramai yang tidak menyertai expedisi kali ini, aktiviti tetap meriah & menyeronokkan. Banyak juga masa di ambil untuk mengumpulkan semua yang hadir. Sementara menunggu, sempat berjoging di sekitar tasik varsiti.


Hanya 19 orang kali ini, InsyaAllah bilangan ini akan bertambah untuk aktiviti-aktiviti seterusnya. Jam 9.15 kami berkumpul & diberi penerangan ringkas berkaitan aktiviti kayak. Berbaloi RM2 untuk tempoh 1 Jam. Macam-macam gelagat yang dipamerkan. Ada yang berlanggar sesama sendiri, ada yang dah macam expert, ada yang bersantai kat tengah tasik dan macam-macam lagi. Pendek kata, masing-masing menunjukkan bakat yang ada untuk mengendalikan kayak masing-masing. Akhirnya, Tasik Varsiti berjaya di tawan oleh Akhawat DPLI. Tunggu! kami akan datang lagi.



Caiyok!! Berjaya juga Akhawat2 DPLI menawan tasik varsiti UM

Dah bersedia, nak mulakan pengembaraan


Berposing sambil menunggu yang lain-lain sampai

Tiada ulasan: