mendengar penerangan Pn.Zainon
 
aktiviti memberi batton tp dilakukan dalm bentuk bulatan
 group pembentengan ke-3
 terima kasih buat yang sponsor sarapan pagi
Minggu ke-3, 06/03/2009, Masih ada yang lewat. Kata Pn.Zainon, mesti ada di Padang sebelum 07:30 pagi. kelas akan bermula pada 07. Harap hari Rabu 11/03/2009 semua akan menepati masa. Bermula dengan warming up, kemudian kami mempelajari teknik melontar peluru dan melempar cakera. Sebelum itu, kami melakukan gerakan untuk menguatkan stamina tangan dan kaki untuk tujuan melontar peluru dan melempar cakera. Pn.Zainon menyuruh lari sambil melompat dan angkat tangan, lari 8 langkah dan menyentuh padang serta beberapa pergerakan lain untuk tujuan yang sama. 
Kami di ajar teknik memegang peluru dan cakera, kedudukan kaki dan tangan yang betul. Hari ini masing-masing menunjukkan bakat dalam 2 acara ini. Had-had ditanda untuk menentukan markah. Rupanya dalam group PJK ini, ada jaguh lontar peluru dan lempar cakera di sekolah. Setelah semua mencuba dan memperoleh markah masing-masing, kelas PJK ditamatkan dengan cooling up dan pembentakan isu PJK mengenai Cabaran guru mengajar PJK bagi murid kurang upaya. Semua bersurai. 
 cakera tu untuk dilempar bukan untuk digayakan..huhu
 sesi pembentangan minggu ini
ada lagi sponsor sarapan pagi minggu ini.TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan