06 Mac, 2009

PUTERI-PUTERI DPLI MENGANGGOTAI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Rabu, 4 Mac 2009 merupakan perjumpaan kali ke-2 puteri-puteri DPLI dengan wakil Darul Puteri. Perjumpaan pertama kami bersama Kak Izzah yang merupakan Pengarah Pergerakan Puteri Islam Kebangsaan bertarikh 25 Feb 2009.
Jika perjumpaan pertama, kami diberi tawasur awal mengenai Pergerakan Puteri Islam Malaysia iaitu mengenai sejarah, latar belakang, aktiviti-aktiviti PPIM dan PPIM di IPT. Perjumpaan kali kedua kami didedahkan dengan pengurusan Pergerakan Puteri Islam di sekolah. Sudah menjadi sinonim di setiap sekolah guru Pendidikan Islam di lantik sebagai guru penasihat PPIM peringkat sekolah. kami diterangkan dengan panjang lebar mengenai prosuder pendaftaran peringkat sekolah, guru dan pelajar yang terlibat dengan PPIM, pembentukan PPIM peringkat sekolah, aktiviti2 yang dijalankan dan banyak lagi.

Sepatutnya, aktiviti ini patut bermula pada minggu pertama kami mendaftar sebagai pelajar DPLI tetapi disebabkan beberapa masalah yang timbul, ianya bermula setelah minggu ke-8 pada semester 1. Di sini kami puteri DPLI yang menyertai PPIM diklasifikasikan sebagai kokurikulum tanpa kredit. Pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk memenuhi 12 minggu bagi semester pertama tetapi disebabkan kelewatan ini terdapat aktiviti yang terpaksa ditangguh ke semester seterusnya atau digabungkan beberapa aktiviti dalam satu pertemuaan. walaubagaimanpun ianya masih lagi dalam peringkat perancangan.

Mengimbau semula kenangan semasa berada di sekolah. PPIM juga merupakan antara persatuan2 utama yang menjadi pilihan pelajar selain pengakap, PBSM, KRS dan lain2.PPIM dengan warna menjadi tema rasminya. Baju rasmi PPIM ialah baju kurung putih, kain & tudung (pink), baju kemeja putih, kain & tudung (pink) digunakan oleh pelajar IPT dan pasukan kawad kaki PPIM. Manakala T-shirt & seluar ungu ialah baju yang dipakai semasa menjalankan aktivi yang tidak rasmi seperti gotong royong, bersukan & sebagainya.

kita berjumpa lagi minggu depan untuk slot PPIM.


wakil Darul Puteri

3 tokoh puteri DPLI..

Tiada ulasan: