11 Mac, 2009

PERKHEMAHAN ASAS PENGAKAP DPLI


Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Malaya telah mengadakan Perkhemahan Asas Pengakap untuk melengkap siri ke 2 Anugerah Manik Kayu di Taman Rimba Komanwel, Rawang.Perkhemahan diadakan pada hari Jumaat 6 Mac 2009 sehingga Ahad 8 Mac 2009. Mereka bertolak pada hari Jumaat jam 3.00 petang dan tiba di Taman Rimba Komanwel tepat jam 4.15 petang. Mereka mendirikan khemah, membuat gadget dan membuat persiapan untuk Istiadat Bendera dan menyediakan masakan untuk makan malam. Seleas waktu Isyak mereka mengadakan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Jurulatih Pengakap Kebangsaan En Amir Hamzah b Aman.
Latihan Kawad
Pada keesokannya selepas Subuh, mereka melakukan aktiviti riadhah dan membuat latihan berkawad. Selepas bersarapan pagi, mereka mengadakan Istiadat Bendera dan membuat latihan di dalam kumpulan di mana mereka perlu menyediakan logo kumpulan dan sebab pemilihan nama kumpulan. Selepas pembentangan para Pengakap telah melakukan aktiviti Pertolongan Cemas dan Simpulan & Ikatan. Selepas makan tengahari dan solat Zohor mereka telah mengikuti aktiviti mengembara di sekitar Taman Rimba di mana mereka harus mencari beberapa hidupan air, daun yang boleh digunakan dan tapak binatang di sepanjang perjalanan.Mereka menempuh perjalanan yang mencabar dengan hujan lebat di samping ditemani oleh pacat sehingga ada peserta yang termakan pacat tersebut. Sekembalinya dari mengembara setiap kumpulan diminta melakonkan kisah Puteri Hang Lipur dan Sultan Muzaffar Shah.
Sultan Muzaffar sedang posing


Pembentangan kumpulan

Selepas makan malam dan solat Isyak para peserta mengikuti Malam Pengakap di mana mereka mempersembahkan persembahan Nasyid, Pantomen, Sketsa, Bersajak dan Dikir Barat. Selepas itu mereka bermarhaban dan berzanji sempena meraikan Maulidur Rasul.
Membina menara
Pada keesokannya, selepas Subuh, para Pengakap melakukan riadhah dan melakukan latihan kawad. Selepas itu mereka mengadakan Istiadat Bendera lalu disusuli dengan melakukan permainan di dalam sungai bersama-sama fasilitator dari UPSI. Selepas itu, mereka melakukan Istiaat Bendera dan melakukan persiapan untuk pulang. Mereka pulang ke kampus pada pukul 12.00 tengahari.

Tiada ulasan: