29 April, 2009

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

Kod Kursus: PAFD5102
Tajuk Kursus : Asas Falsafah & Pendidikan di Malaysia

Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka di Semenanjung Tanah Melayu



Sebelum merdeka, tidak ada satu pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.
Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British ialah sistem pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu.

CIRI-CIRI
-Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu sahaja.
-Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza.
-Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung.
-Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal

Akibatnya, terdapat empat jenis sekolah di Tanah Melayu, iaitu :
-Sekolah Melayu
-Sekolah Cina
-Sekolah Tamil
-Sekolah Inggeris

Sekolah Melayu

Ciri-ciri:-
*Kemudahan yang disediakan tidak memuaskan.
*Hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah
*Menyediakan pendidikan setakat darjah enam.
*Dibina di kawasan luar bandar
*Matlamatnya untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.

Sekolah Cina

Ciri-ciri:-
*Bahasa pengantar mengikut dialek masing-masing.
*Mengambil sukatan pelajaran dari negara Cina.
*Buku teks dan guru diimort dari negara Cina.
*Menyediakan pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Sekolah Tamil

Ciri-ciri:-

*Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
*Sukatan Pelajaran dan buku teks diambil dari India
*Menyediakan pendidikan peringkat rendah sahaja.

Sekolah Inggeris

Ciri-ciri :-

*Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantar.
*Terbuka kepada semua kaum.
*Menyediakan pendidikan peringkat rendah dan menengah.
*Jumlah pelajar Melayu, Cina dan India tidak seimbang.

Tiada ulasan: