29 April, 2009

USAHA AWAL PENYATUAN SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU

Kod Kursus: PAFD5102
Tajuk Kursus : Asas Falsafah & Pendidikan di Malaysia

CADANGAN PEMBAHARUAN DALAM PENDIDIKAN

(1) Rancangan Cheeseman

* Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris di bawah Rancangan Cheeseman cuba menyusun semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.
* Tujuan utamanya ialah membaiki sistem pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan.
* Tetapi Rancangan Cheeseman hanya menumpukan perhatian peringkat sekolah rendah sahaja.
* Rancangan ini ditolak kerana sekolah-sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing.

(2) Penyata Barnes (1950)
* Mengikut saranan Barnes,persekolahan rendah ialah alat bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat.
* Pada bulan Ogos 1950, sebuah jawatankuasa dibawah L.J Barnes telah ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan Tanah Melayu.
* Hasilnya beberapa saranan telah dibuat oleh Penyata Barnes, iaitu:
- Dibentuk satu pendidikan yang bercorak kebangsaan
- Menubuhkan hanya satu corak sekolah rendah, yang disebut sekolah kebangsaan(National School) untuk semua kaum.
- Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum.
- Menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
- Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil dihapuskan di peringkat menengah dan selanjutnya digunakan bahasa Inggeris sahaja.
* Walau bagaimanapun,penyata Barnes telah ditolak oleh semua kaum.



Penyata Fenn-Wu

*Pada tahun 1951, Dr. W.P. Fern dan Dr. Wu Teh Yao telah dilantik untuk mengkaji sistem pendidikan Cina.
*Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengkaji penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan sekolah Cina
*Penyata Fern-Wu tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu kerana cadangan itu tidak menguntungkan orang Melayu dan negara ini.

Jawatankuasa Penasihat Pusat dan Ordinan Pelajaran 1952.

*Lanjutan daripada Laporan Barnes dan Fern-Wu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat untuk mengkaji kedua-dua laoran tersebut.
*Jawatankuasa tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1951 dianggotai oleh:
- 12 orang pendidik
- Pegawai-pegawai Tanah Melayu
-Wakil-wakil tidak rasmi setiap kaum (Melayu, Cina dan India)
*Jawatankuasa ini telah menyetujui beberapa perkara dalam Laporan Barnes dan Fenn-Wu iaitu:
- Sistem sekolah kebangsaan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
- Di samping bahasa ibunda diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan digunakan juga sebagai bahasa pengantar.

*Pada tahun 1952, sebuah Jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji ketiga-tiga laporan jawatankuasa sebelumnya dan membuat beberapa syor baru. Jawatankuasa ini dianggotai oleh sebelas ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
*Draf perundangan dari jawatankuasa khas itu telah dibawa ke Dewan Perundangan Persekutuan, diluluskan, dan kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1952.

Tiada ulasan: