25 Mei, 2009

INFO DPLIUM: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Bahagian Pendidikan Guru ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program pendidikan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

Penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan kepada tiga fungsi. BPG merupakan satu bahagian dalam fungsi Pembangunan Profesionalisme Keguruan,, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab merancang dan memantau Pengurusan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.

Pejabat Bahagian Pendidikan Guru beralamat di Aras 2-6, Blok E13, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.


VISI

Mencapai sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia.



MISI

Melaksana sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan agar guru-guru sentiasa berketerampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

FUNGSI

BPG bertanggungjawab menguruskan PPK praperkhidmatan meliputi aspek:

1. Menyediakan:
1. dasar latihan pendidikan keguruan
2. perancangan pendidikan keguruan
3. unjuran keperluan ambilan calon guru;
2. mengurus pengambilan dan penempatan calon guru di IPG;
3. mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pelajar;
4. merancang, mereka bentuk, melaksana, dan memantau pelaksanaan kurikulum;
5. merancang, melaksana, dan memantau pelaksanaan Praktikum;
6. merancang, melaksana, dan memantau pelaksanaan Kokurikulum;
7. mengurus perancangan, penggubalan soalan, pentadbiran, dan pemantauan pelaksanaan pentaksiran dan penilaian yang merangkumi kerja kursus dan peperiksaan;
8. merancang Latihan Pembangunan Staf dan memantau pelaksanaannya;
9. mengurus perancangan pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur dan infostruktur.
10. merancang dan menyokong pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi;
11. merancang, mengurus, dan mengawal selia agihan peruntukan serta memantau peruntukan perbelanjaan mengurus, dan perbelanjaan pembangunan BPG-IPG;
12. merancang, mengurus, dan melaksana pemantauan keseluruhan program pendidikan keguruan secara berterusan,
13. merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan bagi tujuan pembangunan profesionalisme keguruan,
14. mengurus perkhidmatan kaunseling, menjadi urus setia dan memantau program keutuhan pegawai dan staf serta kes-kes tatatertib BPG-IPG,
15. mengurus perkhidmatan perjawatan pegawai ikhtisas dan ahli kakitangan sokongan (AKS) di BPG/IPG; dan
16. merancang dan menyelaras perkara-perkara yang berkaitan perjawatan, naziran, perkhidmatan, pengurusan kualiti, kewangan dan pentadbiran BPG.

Tiada ulasan: