satu majlis sambutan hari guru peringkat DPLIUM telah diadakan pada 25 Mei 2009 bertempat di Auditorium Utama Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Majlis yang buat julung kalinya diadakan ini telah disambut secara sederhana tetapi meriah.Menurut Pengarah program ini,Sdra.Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin, program ini diadakan adalah atas dasar menghargai segala sumbangan dan curahan bakti yang telah diberikan oleh para pensyarah yang merupakan guru pada bakal guru yang bakal menggantikan mereka mewarnai dunia pendidikan.
Atas dasar keperihatinan yang ditunjukkan oleh para pensyarah bagi memastikan bakal guru yang dilahirkan ini mantap, pelbagai gerak kerja telah dirangka dan diatur untuk memberikan input-input baru yang membolehkan seseorang guru itu berjaya mendidik anak bangsanya sendiri. Majlis ini turut dihadiri oleh timbalan dekan, Professor Dr. Wan Hasmah binti wan Mamat dan beberapa orang pensyarah yang lain.
Dalam ucapannya, Dr.Wan menyeru kepada guru-guru pelatih dan guru-guru yang sedia ada supaya mempertingkatkan usaha untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik mahupun sahsiah. ini kerana selaras dengan tema pada tahun ini, Guru Pembina Negara Bangsa.beliau juga mengharapkan segala yang dipelajari dan dilalui oleh guru-guru pelatih DPLIUM sepanjang 7 bulan berada di Universiti Malaya akan dapat diaplikasikan dan diguna pakai setelah berada disekolah nanti.
Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada para pensyarah dan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid DPLIUM09.Majlis ditutup dengan slot pertukaran hadiah antara guru-guru pelatih dan jamuan yang telah disediakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan