Kod kursus: PBFD5133
Tajuk kursus: Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan
Sebelum Penyelidikan Tindakan dijalankan, beberapa perhatian, penelitian dan pertimbangan perlu diambil kira.
Berikut adalah beberapa Garis Panduan Am untuk menjalankan Penyeliidikan Tindakan.
Garis Panduan Am
1.(Kumpulan) Penyelidik perlu yakin dan sanggup menjalankan penyelidikan.
2.Sentiasa peka terhadap persekitaran.
3.Keistimewaan Penyelidikan Tindakan in - ianya boleh dijalankan secara kecil-kecilan.
4.Segala kemajuan dan perubahan penyelidikan yang dijalankan adalah bergantung kepada iltizam anda / kumpulan anda.
5.Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan anda / kumpulan anda hendak dimaklumkan terlebih dahulu.
6.Penyelidikan Tindakan tidak semestinya melibatkan perbelanjaan yang besar.
Setelah meneliti garis panduan di atas perlulah juga dititikberatkan perkara-perkara berikut sebagai Garis Panduan Khusus. Garis panduanan khusus ini akan dapat melicinkan lagi proses penyelidikan yang akan anda jalankan nanti.
Garis Panduan Khusus
1.Kenal pasti bidang yang diminati. Pastikan penyelidik jelas dan faham mengenai tumpuan tema yang dipilih.
2.Jadikan diri sendiri sebagai model dalam kumpulan penyelidikan tersebut.
3.Libatkan orang lain yang berminat dan tubuhkan satu kumpulan kecil.
4.Sentiasa bersikap optimis , bertolak ansur dan berfikiran terbuka dalam semua urusan.
5.Tentukan tugas dan tanggungjawab dikalangan ahli-ahli kumpulan.
6.Jadikan kumpulan itu satu komuniti pembelajaran yang sentiasa perlu berkolaborasi untuk meningkatkan pengetahuan.
7.Pastikan penyelidikan dijalankan secara sistematik,
8.Langkah-langkah da1am penyelidikan per1ulah ditetapkan dengan tempoh masa yang bersesuaian.
9.Dapatkan pandangan pakar-pakar atau orang luar yang berminat dalam bidang yang dikaji.
10.Pastikan perubahan hanya ditumpukan kepada proses dan bukan kepada hasil sahaja.
11.Rekod segala hasil pemerhatian dari pelbagai sumber dengan sistematik.
12.Pendekatan dalam Penyelidikan Tindakan boleh diubahkan jika pcrlu.
13.Dapatan-dapatan individu dan kumpulan perlulah laporkan secara bertulis atau lisan. Ini akan lebih menyakinkan masyarakat dari segi keperluan penyelidikan tindakan bagi perkembangan pendidikan.
14.Elakkan renungan yang dibuat secara tergesa-gesa.
15.Lakar dan tuliskan idea-idea yang timbul semasa membuat renungan.
16.Seseorang harus sentiasa peka dan responsif terhadap bukti-bukti yang mungkin boleh mengubah dapatan.
17.Seseorang perlu bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan penyelidik untuk menyakinkan hasil-hasil renungan itu.
18.Seseorang harus bersedia menerima segala kesan positif dan negatif daripada penyelidikan.
19.Hasil renungan itu tidak muktamad dan sentiasa perlu diperbaiki serta diubahsuai mengikut keadaan dan masa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan