02 Mei, 2009

Pengenalan Penyelidikan Tindakan

Kod kursus: PBFD5133
Tajuk kursus: Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan

Pengertian Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki;
a.Amalan sosial dan pendidikan kendiri;
b.Kefahaman terhadap amalan kendiri;
c.Situasi di mana amalan tersebut dijalankan
Penyelidikan tindakan boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.

Pengertian Lain

Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action.
Kurt Lewin (1947)

Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.
Stephen Corey (1953)

Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction.
Carl Glickman (1992)

Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide how to make it a better place.
Emily Calhoun (1994)


Tujuan Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan mempunyai dua tujuan:

a.untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;
b.untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.


Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan

a.menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka.
b.memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.
c.merupakan proses pembelajaran yang teratur.
d.membentuk komumti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.
e.menggalakkan fikiran yang terbuka.
f.membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.
g.mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan.
h.berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.
i.melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)
j.dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

4.Penyelidikan tindakan menitikberatkan EMPAT perkara berikut:

penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti (collective evidence) yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.

a.Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga memperlihatkan masalah.
b.Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.
c.Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-kerja kurikulum.
d.Ia juga bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik itu sendiri.

Tiada ulasan: