Bengkel Latihan Mengajar khusus bagi Guru Dalam Latihan DPLIUM 2009 telah diadakan pada 3 Julai 2009 bertempat di Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bengkel sehari ini bertujuan memberikan gambaran dan makluman awal berkenaan dengan latihan mengajar yang akan dilalui oleh bakal guru khususnya bagi membolehkan bakal guru tersebut mengaplikasikan segala teori dan prinsip pengajaran yang betul dalam bilik darjah.
Selain itu, latihan ini juga memberi peluang kepada bakal guru untuk mengembangkan kecekapan dalam merancang sesuatu aktiviti yang memberi manfaat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, latihan ini juga memberi peluang kepada bakal guru untuk mengembangkan kecekapan dalam merancang sesuatu aktiviti yang memberi manfaat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan yang baru iaitu Prof.Dr. Saedah Siraj.Bengkel ini mengandungi 3 slot iaitu slot penerangan awal berkenaan dengan garis panduan latihan mengajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Rahimi Saad, diikuti oleh Persediaan untuk Latihan mengajar bersama Dr.Zawawi Ismail dan slot bersama penyelia yang melibatkan 95 orang bakal guru DPLIUM.
Dalam masa yang sama juga GDL turut diperkenalkan dengan beberapa orang pensyarah yang turut membantu dalam menyelia latihan mengajar. Diharapkan sahabat-sahabat DPLIUM akan lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang akan datang. Salam Perjuangan ..
1 ulasan:
klu xsilap Prof Dr Saedah siraj.. bkn prof madya..
Catat Ulasan