09 Julai, 2009

DPLIUM BAKAL DIMUZIUMKAN ???

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah ditangguhkan dan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Sehubungan dengan itu, tiada pengambilan DPLI untuk ambilan Jan 2010 dan seterusnya sehingga diberitahu kelak. Harap maklum".

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://www.mohe. gov.my


assalamualaikum .. salam semua ..

berdasarkan kepada statement yang dikeluarkan oleh kementerian Pengajian tinggi sudah jelas dan terang bahawa DPLIUM 2009 akan dimuziumkan tidak berapa lama lagi. ini kerana berkemungkinan KPM dan KPT sudah tidak mampu lagi untuk menguruskan keperluan yang ada bagi memenuhi kuantiti guru yang sedia ada dan KPM mungkin akan lebih gembira apabila tiadanya group DPLI kali yang akan datang disebabkan kemasukkan group KPLI-JQAF ke Sekolah -Sekolah Menengah mulai tahun depan.Walau yang demikian admin mewakili sahabat-sahabat DPLIUM ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pensyarah dan tenaga pengajar yang telah bemberikan sumbangan tenaga dan idea dalam membantu kami membentuk diri menjadi seorang guru yang berjaya.

Buat semua sahabat-sahabat DPLIUM ,tanggungjawab kita masih belum selesai walaupun tiada yang bakal mewarisi kita selepas ini, yakinlah dengan jalinan ukhuwah yang erat ini, kita bakal dipertemukan nanti insya Allah .. salam perjuangan ..

Tiada ulasan: