Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ketiga.
Majlis penyampaian watikah berkenaan disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Istana Hinggap di sini.
Hadir sama mengiringi baginda ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Pelantikan Tuanku Muhriz sebagai Canselor universiti itu berkuat kuasa 16 April lalu sehingga 5 April 2014 bagi mengisi kekosongan kerusi Canselor berikutan kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada Disember lalu.
Wakil kanan UKM yang turut hadir termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Mazlan Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Datuk Mohamad Abdul Razak dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Hassan Basri.
Terdahulu, pada majlis berkenaan baginda diberi taklimat mengenai perjalanan universiti oleh Sharifah Hapsah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan