25 April, 2009

Warna Hari Resonan



Dipetik dari FB: Nurulhuda Baharin/ Raisah DPLI UM 2009

Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

HARI WARNA FREQUENSI
ISNIN PUTIH 0- 279 nanometer
SELASA PINK / VIOLET 380- 489 nanometer
RABU BIRU 490- 544 nanometer
KHAMIS KUNING / OREN 555-729 nanometer
JUMAAT HIJAU 545- 554 nanometer
SABTU MERAH 730- 780 nanometer
AHAD HITAM 0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3).

Rabu
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung NW11) dan respirasi (Paru-paru NW10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Defisini Resonan Warna Hari

Resonan bermasuk mach, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

ADAPTASI DARIPADA:
http://www.rawatankesihatan.com/
Dr Ariffaizal

PENGENALAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Nota Kuliah
Kod kursus: PPFD5305
Tajuk kursus: Kemahiran Asas Kaunseling
Pengajar: En. Ahmad Samsuri bin Mohamad
Tarikh/ Masa/ Tempat: 21/04/2009 / 11.30 am- 01.00pm/ Auditorium Utama

Definisi Bimbingan
Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan
•Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
•Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
•Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah
•murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
•Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat.
•Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.

Tingkah laku yang disalah erti sebagai kaunseling
•Memberi nasihat
•Mempengaruhi/ mengubah sikap
•Memberi maklumat
•Membetulkan tingkah laku
•Mengubahsuai tingkah laku

Kaunseling
Kaunseling adalah cara yang telah dibuktikan berkesan untuk menolong orang mengatasi kekusutan menghadapi jalan buntu dan menyelesaikan masalah.

Definisi Keunseling
•Kaunseling adalah proses perhubungan yang bertujuan untuk membantu seseorang
•Meneroka, menyatakan dan menerima perasaannya
•Memperolehi kefahaman yang lebih jelas akan motif, nilai dan aspirasinya
•Menarik sumbernya sendiri untuk mengurus/ mengendalikan kehidupannya dengan lebih berkesan

Mendefinisikan Kaunseling
Proses kaunseling menjadikan seseorang merasa lebih berdikari, lebih mempunyai kawalan ke atas diri dan lebih berkebolehan untuk bertindak

Matlamat Kaunseling
•Perubahan tingkah laku
•Kesihatan mental yang positif
•Penyelesaian masalah
•Membuat keputusan

•Kaunseling biasanya dicapai melalui perhubungan bersemuka di tempat yang terjamin kerahsiaannya.
•Tidak ada magik dalam teknik, kaedah dan prinsip kaunseling, ia boleh dipelajari dan boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang telah mempelajari

Mengapa guna kemahiran kaunseling
•Cara yang berkesan untuk menolong menghadapi masalah peribadi
•Menghasilkan keputusan yang terlekat
•Memupuk pertumbuhan dan perkembangan selaras dengan perubahan dalam sikap terhadap autoriti

Peringkat Perkembangan Dalam Perhubungan Kaunseling

1. Membina perhubungan
2. Meneroka masalah, mengumpul data, mengenal pasti masalah atau krisis dan
mendefinisikan masalah atau krisis
3. Menentukan matlamat dan membincangkan strategi tindakan
4. Implementasi strategi pindahan
5. Penilaian/ penyusulan
6. Penamatan

24 April, 2009

CADANGAN NAMA MAJALAH DPLI 2009



Sila kemukakan cadangan nama majalah DPLI 2009
kepada mana-mana ajk Biro Penerbitan DPLI UM 2009
atau email ke dplium09@gmail.com

Terima kasih atas kerjasama kalian.

Nama Majalah DPLI 2008 : Nostalgia DPLI 2008

Daripada:
Biro Penerbitan
Persatuan Pendidikan Islam
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009

KARYA KREATIF DPLI-IANS



Sila kemukakan karya-karya kreatif anda kepada:

Karya Bahasa Melayu : Arrifae
Karya Bahasa Arab : Hanum
Karya Bahasa Inggeris: Hayati

atau

email: dplium09@gmail.com

Kerjasama anda semua, amat2lah diharapkan.

Daripada:
Biro Penerbitan
Persatuan Pendidikan Islam
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009

LUAHAN HATI SEORANG 'CIKGU'

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1petang dah boleh pulang
kalau masuk kelas,bebel-bebel sikit,lepas tu
keluar.........

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak
kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang dibilik guru dari buat kerja.....

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...

TETAPI

Orang tak tahu.....

Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti ko-kurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.

Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk kena buat persediaan mengajar/
mengeja
kena marah dek cikgu,murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka depa....

Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks
habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeraniaan,isi data budak,tulis surat,
hantar budak ke klinik. hantar budak pertandingan,tanda buku latihan,
buat soalan ujian,peperiksaan hantar data,menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....

Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti,cikgu kekadang kena ke sekolah juga
sebab nak siapkan kerja

Ramai orang tak tahu...
cikgu dah mula pening kepala dan stress
bukan layan karenah budak,tapi dok layan karenah mak bapak..

Ramai orang tak tahu
cikgu ni moto dia ada satu saja
' saya yang menurut perintah'

Sekarang kami nak bagi tahu
hargailah pengorbanan seorang insan bergelar
"CIKGU"

22 April, 2009

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kod kursus: PPFD5305
Tajuk kursus: Kemahiran Asas KaunselingDefinisi Bimbingan

Definisi Bimbingan

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

MEMAHAMI PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Kod kursus: PAFD5102
Tajuk kursus: Asas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Terdapat tiga jenis pendekatan pembelajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu pembelajaran cetek, pembelajaran mendalam dan pembelajaran strategik.

Setiap pendekatan mempunyai ciri-ciri dan hasil pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, memahami pendekatan pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk menghasilkan pembelajaran berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di bilik darjah berdasarkan konteks tertentu. Di sini penulis merujuk kepada konteks kefahaman pelajar membaca.

Setiap pendekatan tersebut mempunyai ciri-ciri dan hasil pembelajaran dan pengajaran yang tertentu misalnya, dalam pendekatan cetek, hasil pembelajarannya ialah pelajar hanya memperoleh kefaharnan secara umum sahaja bagi keseluruhan pembelajaran mereka. Bagaimana hasil pembelajaran ini berlaku? Jawapannya merujuk kepada ciri-ciri pendekatan pembelajaraan-pembelajaran tersebut:

1) Pendekatan Cetek;

a) Pembelajaran pelajar untuk membaca hanya digerakkan oleh keinginan untuk menghabiskan pembacaan yang perlu mereka baca
b) Pelajar hanya bergantung kepada menghafal isi-isi penting dalam teks dan bukannya memahami pembacaan mereka
c) Pelajar tidak dapat membezakan antara pengetahuan baru daripada pengetahuan sedia ada
4) Pelajar hanya menggunakan teknik hafalan
5) Proses kognitif pada tahap ini adalah rendah

2) Pendekatan Mendalam

Hasil pembelajaran Pendekatan Mendalam pula ialah pelajar akan memahami secara mendalam dan dapat menghayati makna daripada isi penting pembacaan yang mereka lakukan. Terdapat 7 ciri Pembelajaran Mendalam iaitu:

a) Pelajar digerakkan oleh minat yang mendalam terhadap pembacaan teks yang mereka baca
b) Pelajar akan mencari makna bagi sesuatu yang mereka baca
c) Pelajar dapat mengaitkan konsep dan pengalaman yang sedia ada dengan yang baru dalam pembacaan mereka
d) pelajar dapat membuat penilaian secara kritikal hasil semasa dan di akhir pembacaan sesuatu teks
e)Pelajar dapat mengenal pasti konsep dan tema-tema utama dalam teks yang dibaca
f)Pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan/isi teks yang dibaca dengan pandangan sendiri
g) Pelajar dapat menggunakan logik dan urutan isi penting dalam teks yang dibaca untuk membuat penilaian isi kandungan teks secara keseluruhan.

3) Pendekatan Strategik

Hasil pembelajaran menggunakan Pendekatan Strategik pula ialah kefahaman membaca yang pelbagai dan tidak pasti iaitu sarna ada kefahaman pelajar secara umum atau mendalarn terhadap teks yang dibaca. Terdapat dua ciri sahaja dalam pendekatan ini iaitu:
a) Tujuan mereka membaca sarna ada sekadar membaea sahaja atau memahami apa yang dibaca
b) Pelajar akan mernilih sarna ada untuk mengaplikasikan strategi pendekatan cetek atau mendalam yang bersesuaian dengan tujuan mereka membaca.

NOVEL ISLAMI : SALJU SAKINAH


Salju Sakinah
Zaid Akhtar
PTS Millennia Sdn Bhd
559 halaman

Sinopsis

NOVEL Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Sumayyah, 25 tahun berhadapan pelbagai rona ujian yang mencabar kematangannya dan wibawanya sebagai pelajar jurusan Syariah di universiti Timur Tengah.

Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia. Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semester terakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat.

Walaupun watak Sumayyah menjadi sudut pandangan utama di dalam novel ini, tetapi persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik, sosial dan ilmu turut disentuh di dalamnya. Lantaran, sewaktu di Jordan, Sumayyah amat intim dengan isu Palestin, Iraq dan dunia Islam sekitarnya disebabkan pergaulannya dengan pelajar-pelajar Arab yang tinggal berjiran dengannya. Sedaya mungkin Sumayyah cuba membantu teman-temannya yang menghadapi kesan dan tekanan perang.

Selain itu, novel ini juga tidak melupakan aspek sosial dengan mengenengahkan isu sumbang mahram, hasad dengki, fitnah -memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat. Sumayyah berhadapan dengan fitnah daripada jirannya dan akhirnya berjaya membongkar kes sumbang mahram yang dialami jirannya itu. Bahkan, ia juga mengupas aspek ekonomi orang Islam dengan perusahaan kerepek yang diwarisi Sumayyah daripada ayahnya. Industri desa yang popular di Batu Pahat ini menjadi latar utama novel ini sepanjang watak Sumayyah berada di kampungnya.

Novel ini berlangsung selama kira-kira sembilan bulan. Bermula pada musim panas pertengahan Mei dan berakhir pada musim sejuk akhir Januari tahun berikutnya. Ia dimulakan dengan kejutan-kejutan di luar duga dalam diri Sumayyah di penghujung pengajiannya: Hubungannya dengan Afnan, siswa Universiti al-Azhar terputus, beberapa masalah persatuan pelajar, malah turut berkongsi derita dengan pelajar-pelajar Palestin.

Selebihnya, novel ini menawarkan nilai-nilai murni yang wajar diteladani pembaca. Justeru sebagai sebuah novel Islamik, sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat turut dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan.

BIDADARI DARI TIMUR


Satu percubaan sulung sudah pun dimulakan lewat novel memoir hasil buah tangan Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah Annual Bakri berjudul Bidadari Dari Timur (BDT). Dengan jumlah muka surat setebal 128 halaman, Bidadari Dari Timur yang merupakan novel sulung terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd ini yang boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur 2009 dijual dengan harga RM12.90.

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…