24 Januari, 2009

TERIMA KASIH KPM

"Pelajar-pelajar DPLI ambilan Januari 2009 yang mendapat ijazah pada 2008 akan menerima tajaan oleh KPM seperti mana pelajar-pelajar DPLI lain." Khabar gembira yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar-pelajar DPLI amnya, graduan 2008 khususnya. Terima kasih KPM & Pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar DPLI lain yang tidak terlibat dengan isu ini kerana sokongan kalian.

GEMPUR

Dek kerana tidak puas hati dengan keputusan KPM berkaitan penarikan balik tajaan bagi graduan 2008, satu sidang media diadakan pada 15 Januari 2009 oleh pelajar-pelajar yang terlibat. Pada 16 Januari 2009, akhbar kosmo & nasional @ sinar melaporkan berita mengenai penarikan balik tajaan oleh KPM bagi graduan 2008 yang mendaftar di IPTA seluruh negara. Terima kasih atas keprihatinan pihak media tentang perkara ini.

petikan akhbar kosmo


petikan dari akhbar nasional@sinar

GEMPAR

"Graduan yang memperoleh ijazah pada 2008 adalah tidak layak mendaftar DPLI bagi pengambilan Januari 2009" kerana dalam iklan telah jelas tertulis pemohon yang layak memohon DPLI ambilan Januari 2009 ialah mereka yang memperoleh ijazah pada tahun 2007 dan sebelumnya. Wajah-wajah graduan 2008 tidak lagi ceria seperti hari-hari sebelumnya. Persoalannya kenapa sebahagian kami graduan 2008 dipanggil ujian Medsi dan dibenarkan menghadiri temuduga, malah ditawarkan mengikuti program ini. Hanya selepas mendaftar kami dikejutkan dengan berita ini.

Dikalangan kami, seramai 30 orang graduan 2008 yang terlibat. Perkara ini melibatkan semua universiti iaitu seramai 280 orang. Kami diminta bertenang kerana pihak KPM, KPT & pihak universiti akan bermesyuarat dan mencari penyelesaian. Bak kata orang penantian satu penyeksaan. Akhirnya graduan 2008 diberi kata dua sama ada meneruskan pengajian dengan perbelanjaan sendiri tanpa elaun dan jaminan penempatan selepas tamat kursus atau menunggu kemasukan Julai 2009.

"Kami tidak akan memilih kedua-dua pilihan tersebut"-luahan graduan 2008. Kami diberi kebebasan untuk membuat sebarang tindakan tanpa melibatkan nama universiti dan pensyarah. Atas persetujuan semua wakil pelajar setiap universiti satu sidang media diadakan bagi membantah keputusan KPM yang menarik balik tajaan ke atas graduan 2008.

Dalam sidang media tersebut, kami menuntut kepada pihak KPM agar :
1. Menarik kembali pembatalan penajaan.
2. Membenarkan pelajar yang terlibat untuk kembali mengikuti pengajian di institusi yang telah ditetapkan pada sesi ini, bukan pada sesi yang selainnya.
3. Memberi elaun dan penajaan pengajian seperti yang tertera dalam surat penajaan yang telah ditawarkan.



berbincang menyiapkan press-statement

sebahagaian yang hadir pada sidang media, Khamis 15 Jan 2009

kami nak hak kami-luahan sebahagian graduan 2008

HARI-HARI SETERUSNYA

Kuliah hari kedua menguji kemahiran kami menggunakan ICT, iaitu PJFD5101 Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan. Kami dibimbing oleh Prof Dr.Raja Maznah, Cik Chin Hai Leng, Ng Huey Zher, Cik Masyitah dan En.Hafiz. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan proses pembelajaran. Kami didedahkan dengan adec e-learning dan facebook. Penggunaan adec e-learning dan facebook akan berterusan sehingga akhir semester.

miss Ng Huer Zher memberi penerangan ringkas tentang facebook

masing-masing tekun mendengar penerangan berkaitan facebook

Pada sebelah petangnya, kami mengikuti kuliah PPFD5104 Aplikasi Psikologi Pendidikan yang disampaikan oleh Prof Dato' Dr. Mohd Mansur iaitu merupakan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang psikologi.


Kuliah pada hari berikutnya iaitu PAFD5105 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, disampaikan oleh Dr.Ghazali. Kursus ini membincangkan tentang perspektif dan amalan pedagogi dalam Pendidikan Islam terutamanya yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. 02:30pm-06:30pm Rabu, diperuntukan untuk aktiviti berpersatuan & kokurikulum.

Kuliah pada hari khamis, bagi yang mengambil bahasa arab sebagai kaedah kedua akan mengikuti kuliah PBFD5134 Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab oleh Dr.Zawawi dan PBFD5136 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab oleh Dr.Muhammad Azhar Zailani. Manakala bagi yang mengambil Pendidikan Sivik & Kewarganeraan sebagai kaedah kedua akan bersama-sama Prof.Madya Dr Wan Hasmah untuk subjek PAFD5108 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Prof Madya Dr.Chang Lee Hoon bagi subjek PAFD5107 Kurikulum Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.

PMFD5102 Pendidikan Jasmani dan Kegiatan Kokurikulum dikelolakan oleh Pn Zainun dan Dr.Shabeshan pada setiap hari jumaat 09:00am-11:00am. Kami turut dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada sebelah petang, PAFD5104 Kurikulum Pendidikan Islam disampaikan oleh Dr.Zaharah Hussin.Kursus ini membincangkan tentang asas utama dalam perancangan kurikulum dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum Pendidikan Islam. Catatan ini merangkumi semua kuliah yang kami ikuti pada semester ini.

PERJUANGAN BERMULA

09:00am : Hari ini hari pertama, kami warga DPLI UM '09 memulakan kelas. Tergambar wajah-wajah bersemangat dikalangan kami. Semua mengambil tempat di Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan. Bilik kuliah yang sangat selesa. Salam perkenalan bermula di sini. Masing-masing memilih tempat duduk di sebelah teman yang telah dikenali ( sebelum ni universiti yang sama), ada juga memilih bersama teman baru. Masing-masing berusaha menyesuaikan suasana baru. Bagi pelajar-perlajar dari universiti penempatan corak pembelajaran hampir sama setiap universiti. Tapi, tertentu ada kelainan bagi pelajar-pelajar dari middle earth. Kepada semua generasi pendidik, sama-sama kita menimba ilmu & pengalaman di sini dengan sehabis baik.


PPFD5105 Pentaksiran pembelajaran di bawah kelolaan Dr. Shahrir Jamaluddin merupakan subjek pertama kami. Untuk permulaan kami diberi penerangan tentang keseluruhan subjek ini.Tujuan utama kursus ini diperkenalkan untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas, teori dan amalan tentang prinsip pentaksiran pembelajaran yang berkualiti dari pelbagai domain. Antara lain, topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut: Teori asas pembinaan alat pengukuran termasuk pentaksiran alternatif seperti penggunaan portfolio, pentaksiran autentik, pentaksiran berasaskan prestasi, isu kolehpercayaan dan kesahan instrumen.


2 jam berlalu, kelas kami tamat. Hari ini, hanya subjek ini termaktub dalam jadual. Jadi kami mengisi waktu hari ini dengan aktiviti masing-masing. Bagi yang tinggal di kolej yang mempunyai jadual makan tetap, balik ke kolej untuk menikmati hidangan istimewa yang disediakan oleh mak-mak cik dewan makan. Bagi yang lain, cafe Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sastera menjadi tempat santapan utama.


Pembelajaran hari ini mungkin mudah dikalangan kami yang berpengalaman bertahun-tahun menjadi guru, mungkin sukar kami yang tiada pengalaman tersebut. Pimpinlah tangan-tangan kami untuk sama-sama bergerak seiring dengan kalian. Kita bertemu lagi esok, untuk mengikuti pengalaman-pengalaman menarik selepas ini.

23 Januari, 2009

Orientasi DPLI UM '09

3hb: Hari Orentasi bagi kami warga DPLI. Mungkin disebabkan faktor kekangan masa dan beberapa faktor lain, hari orientasi hanya dijalankan 3/2 hari (2 & 3hb). 09:30am : Taklimat bagi program Diploma Pendidikan sebagai tasawur awal tentang program DPLI. Program ini dipengerusikan oleh Dr.Zawawi.Dr Ghazali, sebagai Penyelaras DPLI menerangkan serba ringkas tentang DPLI. Buku Panduan Program Diploma pendidikan dibekalkan semalam dikeluarkan dan diselak dari helaian ke helaian yang lain.
Di sini, kesemua kami mengambil program pendidikan Islam tetapi kami dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi kaedah kedua iaitu bahasa arab atau pendidikan svik & kewarganegaran. Untuk Pendidikan Sivik & Kewarganegaan (PSK) terhad kepada 30 orang dan selebihnya mesti memilih B.Arab. Dr.Azhar memberi sedikit pendedahan tentang B.Arab.Prof Madya Dr Wan Hasmah Wan Mamat memberi penerangan tentang PSK. Disini kami mesti melibatkan diri dengan Persatuan DPLI dan kokurikulum iaitu Persatuan Puteri Islam bagi perempuan dan Pengakap bagi Lelaki. Kesemua penting sebagai perisai sebelum kami melangkah ke sekolah dan bertindak sebagai Penasihat persatuan dan sebagainya. Taklimat ditangguhkan & kami menikmati jamuan pagi.
10:30am: Program diteruskan lagi dengan latihan dalam Kumpulan. Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Kami diberikan beberapa isu-isu berkaitan dengan seorang guru dan dibentangkan. Perbincangan agak hangat kerana ianya melibatkan kami bakal guru. Antaranya soalan yang agak menarik iaitu antara pahala dan gaji, mana satu pilihan? Hasilnya satu slogan diutarakan " Pahala yang pertama, Gaji bukan yang kedua "-Fikir2kanlah. Sebelum bersurai, kami turut membentuk Jawatankuasa Tertinggi DPLI UM '09. Jamuan tengahari mengakhiri pertemuan kami pada hari tersebut. Bertemu semula pada 5hb untuk kami memulakan pengajian yang dikelola oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Selamat Maju Jaya.

Warga DPLI UM '09 Melangkah Kaki ke UM

2hb Januari 2009 (09:00am-12:45pm), kami warga DPLI UM ambilan Januari 2009 mendaftar di kolej-kolej kediaman,Universiti Malaya Kuala Lumpur seperti yang telah tertera dalam surat tawaran masing-masing. Walaubagaimanapun, ada yang memilih untuk menginap di luar kampus. Terserah, masing-masing ada pilihan dan alasan tersendiri.
02:30pm: kami mula memenuhi ruang legar, blok pentadbiran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk tujuan pendaftaran. Pelbagai gelagat dirakamkan. Ada yang diam membisu, ada yang berborak tanpa sedar mengganggu yang lain( ye la, berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama kenal).03;00pm :Beberapa petugas mula menjalankan tugas menyemak senarai pelajar yang mendaftar, menyerahkan beg yang berisi buku panduan, borang perjanjian, akujanji, cenderamata dan mengumpulkan borang-borang serta dokumen yang berkaitan. Dengan jumlah kami yang agak ramai iaitu 101 orang, penyerahan borang tidak selesai seperti sepatutnya kerana kami perlu menghadiri taklimat di dewan bestari.
03:30pm: Dewan Bestari, kami memenuhi ruang dalam dewan tersebut. Kami mendengar taklimat daripada timbalan dekan Fakulti Pendidikan iaitu Prof Madya Dr Wan Hasmah Wan Mamat. Sangat baik & banyak bersabar dengan kerenah kami. Kami turut dihidangkan dengan persembahan multimedia oleh wakil Fakulti Pendidikan. Taklimat diteruskan lagi dengan taklimat SKR dan Bendahari. Sedikit kegusaran timbul, apabila wakil SKR cik Wan Farhana membangkitkan isu pelajar Middle Earth yang tidak memiliki Ijazal Asal. Walaubagaimanapun isu ini tidak dipanjangkan kerana mereka memiliki ijazah sementara & pengesahan daripada kerajaan Malaysia yang mereka telah berkonvokesyen. Tetapi mereka dinasihatkan untuk mendapatkan ijazah asal sebelum menamatkan program DPLI sepenuhnya. semuanya kembali tenang. InsyaAllah kami akan bersama-sama mengaut sebanyak ilmu & pengalaman sepanjang berada di UM. Sedikit jamuan petang mengakhiri pertemuaan kami pada hari ini. Masing-masing tersenyum puas, semuanya berjalan lancar. Program esok menanti kami warga DPLI.

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

Diploma pendidikan lepasan ijazah diwujudkan selaras Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 bersetuju bahawa pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga mulai Sesi Akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh kedua-dua kementerian berdasarkan Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Tempoh pengajian Diploma Pendidikan (ISMP) di IPTA ialah 1 tahun (2 semester). Calon yang terpilih wajib memenuhi tempoh pengajian yang ditetapkan dan lulus dengan jayanya untuk membolehkan penempatan sama ada di sekolah Menengah/ Kolej Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) atau di Politeknik atau Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi guru di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi di KPM.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA akan menaja yuran Pengajian serta elaun bagi calon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA yang ingin menjadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti di KPTM

sumber: http://e-dpli.tripod.com/